Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
4,839 hektar di Sabah, Sarawak akan dijadikan kawasan tanaman padi
Diterbitkan:  Oct 16, 2023 12:18 PM
Dikemaskini: 4:18 AM

PARLIMEN l Kerajaan akan memajukan tanah seluas 4,839 hektar di Sabah dan Sarawak untuk dijadikan kawasan penanaman padi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia melibatkan tanah seluas 2,159 hektar di Sabah iaitu di Beluran dan Kota Belud, manakala 2,680 hektar di Sarawak melibatkan kawasan Batang Lupar.

Ahmad Zahid Hamidi

“Lima puluh ribu hektar dimaksudkan itu perancangan jangka panjang, tetapi setakat ini seluas 4,839 hektar telah disahkan untuk dibangunkan (penanaman padi) di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai lokasi dan peruntukan yang terlibat bagi projek penanaman padi di kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak.

Ahmad Zahid berkata perbincangan telah diadakan bersama Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah berkenaan perkara itu yang antara lain bertujuan mempertingkatkan tahap sara diri (SSL) negara, sekali gus meningkatkan produktiviti padi dan beras negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS