Penuntut Pulada maut dipercayai strok haba
Seorang penuntut yang sedang menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Johor Bahru, dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba, Sabtu lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata sebelum itu, mangsa yang berusia 24 tahun itu dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru kerana memerlukan rawatan rapi.
Beliau berkata sebanyak 10 penuntut dikatakan mengalami gejala strok haba termasuk pengsan ketika sedang menjalani latihan di lapang sasar kem berkenaan, dalam kejadian antara pukul 5.30 petang hingga 6 petang, hari yang sama.
"Dua lagi peserta masih dirawat di unit rawatan rapi HSI, manakala tujuh yang lain dimasukkan ke wad biasa di Hospital Kota Tinggi, namun semua mereka dilaporkan stabil," katanya.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/02/20190ad9034940941866f18aafbf0a96.jpg)
