Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan memilih untuk taat pada arahan parti, tegur Hadi
Diterbitkan:  Oct 20, 2023 12:41 PM
Dikemaskini: 4:44 AM

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan anggota parti itu supaya tidak bersikap memilih dalam mentaati arahan parti. 

“Saya juga berpesan supaya jangan bersikap memilih untuk memberi ketaatan kepada arahan parti kerana penyakit ini boleh menjadi penghalang kepada kemenangan dan menyukarkan tugas mengisi kemenangan,” katanya. 

Dia berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam muktamar tahunan PAS ke-69 di Shah Alam hari ini dalam konteks memperkasa PAS dan gabungannya Perikatan Nasional (PN).

Hadi juga mengingatkan bahawa Allah telah “menyelamatkan” parti itu apabila pihak yang tidak walak (taat setia) “dicampak keluar atau melompat sendiri keluar kerana kepanasan dengan kebatilannya”.

Dia tidak menyebut perkara itu secara khusus, bagaimanapun ia dipercayai merujuk kepada penghijrahan keluar beramai-ramai pemimpin parti itu pada 2015.

Kumpulan dipimpin bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu itu menubuhkan parti Islam baru Amanah, yang ingin membawa pendekatan lebih terbuka.

Pemimpin kanan PAS dan dua bekas perdana menteri - Muhyiddin dan Mahathir

Sementara itu, Hadi mengingatkan bahawa walak kepada jemaah penting kerana ia sebahagian daripada ciri-ciri kemenangan, selain bersabar menghadapi ujian dan musuh.

Bagaimanapun katanya, hanya walak kepada Allah dan rasul wajib diberikan secara mutlak manakala walak kepada pemimpin hanya untuk pihak yang beriman dan beramal soleh.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS