Siling KLIA Terminal 2 runtuh akibat cuaca buruk - MAHB
Diterbitkan: Oct 24, 2023 6:54 PM
Sebahagian kecil siling di Aras 3 Balai Berlepas Skybridge Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 runtuh akibat cuaca buruk, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.
Menerusi hantaran di X, MAHB memaklumkan kerja-kerja memperbaiki kerosakan sedang dijalankan dan kawasan tersebut ditutup hingga kerja-kerja berkenaan serta pemeriksaan keselamatan selesai.
“Sila elak kawasan yang ditutup untuk keselamatan anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi Duta Airport CARE kami,” menurut MAHB.
- Bernama
/file/1305/3e173b6ed28a5ebbb6686f3b29de7548.jpeg)
