Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Siasatan kes kibar bendera Israel di Marang selesai
Diterbitkan:  Oct 25, 2023 4:06 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung pengibaran bendera Israel di sebuah premis di Terengganu.

Media melaporkan Ketua Polis Terengganu Mazli Mazlan sebagai berkata mereka dalam proses menyerahkan kertas siasatan kepada pengarah pendakwaan negeri (PPN).

Mazli berkata polis mengambil keterangan seorang lelaki 30-an yang disyaki pelakunya.

"Untuk kes bendera Israel yang dinaikkan ini kita telah menyiapkan siasatan dan kita akan kepada PPN untuk dapatkan arahan,” katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (mengganggu keamanan) dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya.

Sementara itu, Mazli turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengibarkan sebarang bendera yang boleh menyentuh sensitiviti awam.

Sebelum ini tular beberapa keping gambar bendera Israel dikibarkan di sebuah premis perniagaan dikatakan di kawasan Bukit Payung, Marang.

Ia mencetuskan kemarahan pengguna awam, lebih-lebih lagi kerana ia berlaku ketika 

perang Israel-Hamas yang mengorbankan beribu-ribu nyawa.

Kerajaan dan pelbagai pihak di Malaysia, termasuk pembangkang, telah menyuarakan semangat setiakawan masing-masing kepada rakyat Palestin di Gaza yang serba kekurangan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS