Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nama, logo PKR tiada lagi di laman Liberal International

Nama dan logo PKR sudah dikeluarkan daripada laman sesawang Liberal International, sebuah organisasi berdaftar yang berpangkalan di London.

Semakan terkini di laman sesawang organisasi itu mendapati nama dan logo PKR yang sebelum ini tersenarai bersama beberapa parti atau pertubuhan lain bagi negara-negara Asia sudah tiada.

Setakat 3.40 petang ini, hanya tujuh parti atau pertubuhan membabitkan Asia masih berada dalam senarai di laman sesawang Liberal International.

Semalam, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata dia telah berhubung dengan pihak Liberal International untuk meminta supaya nama dan logo parti itu dikeluarkan daripada laman sesawang organisasi berkenaan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital itu, PKR tidak pernah menjadi ahli pertubuhan antarabangsa tersebut.

-Bernama

Lihat Komen
ADS