Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lepas diboikot, Grab sumbang RM1 juta pada Gaza
Diterbitkan:  Nov 6, 2023 4:43 PM
Dikemaskini: 10:07 AM
  • Dikemas kini dengan berita penuh.

Grab Malaysia menyumbangkan bantuan RM1 juta kepada penduduk Gaza, yang sudah sebulan berdepan operasi terbaru tentera Israel.

Perkara itu diumumkan oleh Grab sebentar tadi, di tengah-tengah kempen boikot syarikat yang dikaitkan dengan regim itu.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat berpangkalan di Singapura itu berkata Grab Malaysia amat bersimpati dengan nasib komuniti yang terjejas akibat konfilk di Gaza.

Katanya, mereka juga mengutuk sebarang tindakan keganasan yang mengancam kemanusiaan.

"Bagi mangatasi, keperluan mendesak yang dihadapi oleh komuniti rentan yang terjejas di Gaza (Palestin), berikutan konflik yang berterusan, Grab Malaysia akan menyumbang bantuan kewangan bernilai RM1 juta melalui Mercy Malaysia.

"Pengguna Grab juga boleh menyumbang melalui GrabPay atau menukar GrabRewards.

“Mereka untuk menyokong usaha Mercy Malaysia, sekali gus menyumbang untuk membuat perubahan yang nyata dalam kehidupan individu yang terjejas," katanya menerusi hantaran Facebook.

Sebelum ini, Grab menegaskan syarikat itu "berpihak kepada kemanusiaan" selepas tular Instagram posting yang dibuat oleh isteri pengasasnya, Chloe Tong mendorong gesaan boikot terhadap e-hailing, penghantaran makanan dan syarikat perkhidmatan kewangan.

Dalam Instastories, Chloe, 32, warga Singapura, berkongsi bagaimana dia "sedih" dan bahawa dia "jatuh cinta sepenuhnya dengan Israel" selepas melawat Israel,

Ekoran, Grab berkata ia "berpihak kepada kemanusiaan dan mengharapkan keamanan dan gencatan senjata".

Katanya, Grab Malaysia dan Mercy Malaysia sedang bekerjasama untuk mewujudkan program dan inisiatif yang mampan, dalam memastikan kesan positif yang berkekalan kepada pelbagai komuniti vang terjejas, dengan menyasarkan pemulihan segera, daya tahan dan sokongan jangka panjang.

"Selain itu, bermula 8 November 2023 hingga 8 Mei 2024, Grab akan memadankan jumlah yang didermakan kepada Tabung Bantuan Palestin Mercy Malaysia melali Grabrewards, sebagaimana pelaksanaan sumbangan amal melalui GrabRewards sebelum ini," katanya.

Grab Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Mercy Malaysia seiak 2021, menerusi pembabitan dalam pelibagal bantuan kemanusian di Malaysia, termasuk tabung bantuan banjir serta pengurusan bencana.

Sementara itu, sentimen sama turut berlaku di Indonesia.

Grab republik itu turut menderma jumlah yang hampir sama untuk bantuan kemanusiaan di Gaza, iaitu 3.5 bilion rupiah (RM1.05 juta).

Setakat ini, sekurang-kurangnya 9,000 rakyat Palestin terkorban susulan perang antara Hamas dan Israel.

Lihat Komen
ADS