Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pejabat media Gaza: Israel paksa 500 pesakit kosongkan Hospital Al-Shifa

Tentera penceroboh Israel memaksa kira-kira 500 pesakit di Hospital Al-Shifa di barat Bandaraya Gaza, termasuk yang cedera parah supaya mengosongkan hospital itu, menurut pejabat media kerajaan di Semenanjung Gaza pada Sabtu.

Mereka hanya diberi masa sejam untuk mengosongkan Kompleks Perubatan Al-Shifa, lapor agensi Anadolu.

Pejabat media Gaza mempertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas Israel terhadap keselamatan dan nyawa semua mereka yang berada di Al-Shifa, termasuk yang cedera, bayi pramatang dan kakitangan perubatan.

"Institusi dan organisasi antarabangsa juga bertanggungjawab atas kecuaian dan tindak balas susulan dan penyelarasan yang lemah dalam melindungi hospital dan pusat kesihatan yang sepatutnya mempunyai imuniti antarabangsa dan undang-undang," menurut pejabat media itu dalam kenyataan.

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa bahan api mesti disediakan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan, perubatan dan kemanusiaan disediakan kepada puluhan ribu yang cedera dan sakit.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS