Polis temui Agus lagi, Wahab pula dalam tempoh terdekat
Bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohammad Agus Yusoff, akan diambil keterangannya sekali lagi oleh polis hari ini.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata Agus akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang kira-kira jam 2 petang.
Pada masa sama Razarudin menjelaskan polis turut akan memanggil kakitangan J-Kom yang dikaitkan dengan Agus, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, untuk diambil keterangannya.
"Keterangan Wahab akan diambil dalam tempoh terdekat," katanya kepada media hari ini.
Razarudin juga menambah ada beberapa individu lain yang mungkin akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.
Mengulas lanjut perkembangan kes itu, ketua polis negara berkata polis masih menyiasat untuk mengenal pasti “Mr H” yang dikaitkan Abdul Wahab semasa dia membuat sidang media bersama Agus pada 17 Nov lalu.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/11/87c272ab79904d02c2647787da9cb44d.jpg)
