Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Sekolah Cina dengan 50 peratus murid Melayu berpindah ke bandar

Menjadi sesuatu kelaziman bagi sekolah Cina yang bersaiz kecil di kawasan luar bandar mempunyai bilangan pelajar Melayu yang melebihi pelajar Cina. Ini tidak terkecuali buat SJKC Ton Fah di Beranang, Hulu Langat.

Apabila sekolah itu dipindahkan ke Semenyih, sebuah kawasan yang lebih urban, jumlah pelajarnya juga dilaporkan akan meningkat.

Bagaimanapun, pengetuanya, Tan Kwee Choo memberitahu Malaysiakini dengan penempatan baru sekolah itu ke Eco Majestic mengakibatkan ramai murid Cina tidak dapat turut sama. 

“Pelajar Cina pernah menjadi jumlah teramai di Ton Fah, tetapi disebabkan pemindahan penduduk Cina di Beranang, nisbah pelajar Melayu akhirnya melebihi pelajar Cina.

“Orang ramai berpindah randah dan mereka mahu mencari pekerjaan menyebabkan penduduk Cina juga berpindah ke bandar besar, jadi jumlah pelajar Cina berkurangan,” jelasnya.

SJKC Ton Fah telah ditubuhkan pada 1910 di Kampung Sungai Machang di Beranang. Hari ini, sekolah itu mempunyai 253 pelajar, dengan lebih separuh daripada mereka adalah Melayu.

Walaupun tapak baharu sekolah hanya kira-kira tujuh kilometer dari lokasi lama, pemindahan tersebut  menyaksikan tambahan sebanyak 14 pelajar.

Jumlah pelajar meningkat kepada  253 murid berbanding  239 sebelum ini. Bilangan pelajar Cina juga dilaporkan bertambah.

Pada Ogos lalu, pelajar Melayu merangkumi 55.23 peratus daripada populasi pelajar di Ton Fah, Cina 32.22 peratus, India 7.53 peratus, dan 5.02 peratus bagi etnik lain.

Mengulas lanjut, Tan berkata dia berharap jumlah pelajar akan terus meningkat pada tahun akademik baharu tahun depan. 

Tan ditemui pada perasmian bangunan baru SJK (C) Toh Fah yang dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, serta Exco Selangor Ng Sze Han, semalam.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS