Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir Naik RM1.52 juta

P Ramasamy telah membayar RM1.52 juta kepada Dr Zakir Naik sebagai sebahagian daripada penyelesaian saman fitnah pendakwah Islam itu terhadap bekas pemimpin DAP tersebut.

Peguam warga India itu, Akberdin Abdul Kader mengesahkan bahawa bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang berkenaan telah membuat pemindahan wang tersebut  pada 17 Nov.

Akberdin Abdul Kader

"Wang itu dibayar pada 17 Nov," kata Akberdin kepada media hari ini, sambil menambah bahawa dana itu kini disimpan dalam akaun pelanggan yang diuruskan oleh firma guaman yang mewakili Zakir.

Peguam itu menambah bahawa sekiranya Mahkamah Rayuan kemudian hari menolak rayuan Ramasamy terhadap keseluruhan keputusan fitnah, maka RM1.52 juta itu akan dipindahkan kepada Zakir.

Pada 2 Nov, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Ramasamy bersalah memfitnah pendakwah kontroversi itu, dan memerintahkan defendan membayar ganti rugi RM1.45 juta dan kos RM70,000 kepada plaintif.

Bayaran itu termasuk RM1 juta sebagai ganti rugi am, RM100,000 untuk pampasan, RM100,000 untuk ganti rugi teruk, dan RM250,000 lagi sebagai ganti rugi teladan.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz juga mengarahkan Ramasany membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Zakir.

Semasa memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan saman fitnah itu, Ramasamy berjaya dalam mengumpulkan derma daripada orang ramai untuk mengunpulkan RM1.52 juta.

P Ramasamy

Sementara itu, semasa prosiding hari ini di hadapan hakim yang sama, peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Ramasamy memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya menarik balik permohonan untuk menangguhkan keputusan permohonan maaf itu, sementara menunggu rayuan itu diselesaikan.

“Pihak-pihak telah mencapai satu persetujuan dan kami ingin menarik balik kedua-duanya (penangguhan permohonan maaf) tanpa sebarang perintah mengenai kos,” kata peguam itu.

Perkara itu turut disahkan oleh Akberdin. Bagaimanapun, Akberdin memberitahu media bahawa syarat untuk penarikan balik itu 'rahsia'.

Dr Zakir Naik

Zakir memfailkan saman pertama terhadap Ramasamy berhubung empat kenyataan fitnah ahli politik itu pada 2016, 2017, 2019 dan 2019 yang antaranya menerusi artikel “Is Malaysia harbouring alleged fugitive Zakir Naik?”.

Pendakwah bebas itu itu memfailkan saman kedua berhubung artikel lain dengan mendakwa Ramasamy telah memfitnahnya melalui ulasannya yang turut diterbitkan dalam talian pada 2019.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS