‘Saudara kita masih ditembak, tiada program hiburan tahun baru’
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli tidak bersetuju dengan sebarang program hiburan berbentuk nyayian dan tarian sewaktu sambutan ambang tahun baharu sedangkan rakyat Palestin sedang menderita.
Bagaimanapun, dia merujuk kepada program hiburan yang bersifat “melalaikan”.
"Ketika mana kita masih menganjurkan pelbagai program hiburan yang terus melalaikan, saudara kita masih ditembak mati dan syahid di sana.

"Setelah melihat semua keadaan yang menyedihkan ini berlaku dan Malaysia pula turut mula memandang sepi terhadap isu Palestin ini.
"Jadi, saya mencadangkan tiada sebarang program hiburan berbentuk nyanyian dan tarian melalaikan sewaktu ambang tahun baharu ini di negeri Perlis," katanya.
Sementara itu, adalah dilaporkan juga bahawa semua 15 Adun Perlis sebulat suara menolak penyelesaian dua negara di Palestin sekaligus tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.
“Jenayah ini sudah berlarutan sekian lama dan masih dipandang sepi tanpa ada solusi yang kukuh daripada negara kuasa dunia bagi menghentikan konflik tersebut.

“Kekejaman di Semenanjung Gaza masih berlanjutan dengan pembunuhan besar-besaran tanpa ada belas dan ihsan terutamanya golongan wanita, warga emas malah kanak-kanak,” katanya ketika membentang usul pada sidang Dun Perlis, di sini hari ini.
“Jenayah ini sudah lama berlaku dan masih dipandang tidak ambil peduli. Tidak ada
“Sehingga kini lebih 15,000 rakyat Palestin yang syahid, 37,000 cedera dan 6,500 hilang di bawah runtuhan bangunan,” katanya sewaktu mengemukakan usul mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan rejim Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza pada sidang DUN di Arau,
Perlis yang diterajui oleh Perikatan Nasional dengan majoriti wakil rakyatnya adalah daripada PAS hanya mempunyai seorang ahli pembangkang iaitu wakil Indera Kayangan Gan Ay Ling daripada PKR.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menolak cadangan dikemukakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) susulan gencatan senjata kemanusiaan perlu diadakan segera antara Israel dan Palestin.
Perdana Menteri berkata, tiada sebab asas untuk mana-mana negara menafikan gencatan senjata di Palestin dan menggagalkan proses itu.
"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengutuk sekeras-kerasnya keputusan yang dibuat oleh AS untuk menentang gencatan senjata di Palestin di peringkat UNSC.
"Walaupun semua hujah lain, kita telah mencadangkan bahawa kita mesti menghentikan pembunuhan orang awam, bayi dan wanita yang tidak bersalah.
"Tiada sebab asas langsung untuk sesiapa menafikan perkara ini (gencatan senjata) dan menggagalkan proses itu," katanya.

Semalam, 153 daripada 193 negara anggota PBB mengundi menyokong menerima pakai draf resolusi menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera dilaksanakan di Gaza.
Sepuluh negara, termasuk AS, Israel dan Austria mengundi menentang resolusi itu manakala 23 negara termasuk United Kingdom, Jerman, Itali dan Ukraine berkecuali.


/file/1267/6e4b6ef67e70d618e0d487ba7655e78c.jpeg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/10/a20e2bc70e51643e6de096af8edf1410.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/10/ecd0f8b28088b8000a2fd5d408712443.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/04/c8b9e9c136cfdfaf86766db3a4b08cc6.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/11/6fb7da9914d463bc78cab74be7418e6a.jpg)