Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemandu, kelindan maut dalam nahas tiga lori
Diterbitkan:  Dec 21, 2023 12:56 PM
Dikemaskini: 4:56 AM

Seorang pemandu dan kelindannya maut manakala tiga lagi individu cedera dalam kemalangan membabitkan tiga lori di KM164.8 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tangkak arah Selatan, di Tangkak, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak PBK II Zamri Ayob berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 4.26 pagi.

Beliau berkata 18 anggota daripada BBP Tangkak serta BBP Bukit Gambir digegaskan ke lokasi bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Pemandu dan kelindan terbabit didapati tersepit di dalam sebuah lori jenis Isuzu lima tan.

“Kedua-dua lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiga yang cedera iaitu dua pemandu lori dan seorang kelindan dihantar ke Hospital Tangkak untuk rawatan.

Operasi berkenaan katanya, tamat sepenuhnya pada 6.05 pagi tadi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS