Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PM tiba di Kelantan untuk tinjau situasi banjir
Diterbitkan:  Dec 28, 2023 2:46 PM
Dikemaskini: 6:46 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kelantan untuk meninjau sendiri situasi banjir negeri.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, di Kota Bharu pada pukul 12.08 tengah hari.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad. Hadir sama Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus.

Dalam tinjauan di Pasir Mas hari ini, Perdana Menteri dijadualkan melawat Jambatan Lubok Jong serta dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di Kampung Repek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Lati di Kampung Banggol Manok.

Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini melaporkan Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 21,377 orang yang ditempatkan di 68 PPS di lima daerah, meningkat berbanding 19,423 orang pada pukul 8 malam tadi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS