Polis selesai siasat kes remaja pukul rakan enggan ponteng sekolah
Polis selesai menjalankan siasatan kes remaja memukul berkali-kali bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar kerana dikatakan enggan ponteng sekolah.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata kertas siasatan kes terbabit telah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
"Kertas siasatan dihantar pada Rabu lepas dan kita masih menunggu arahan seterusnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di Kuala Lumpur hari ini.
Media sebelum ini melaporkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun memukul rakan sekolahnya berusia 14 tahun dalam kejadian di Jalan Prima Pelangi 7, Bukit Prima Pelangi, Segambut Dalam, di Kuala Lumpur pada 5 Jan lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/10/80a3f53d1504a2d98a183a2a17e5e753.jpg)
