Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hajiji tak gentar berdepan gabungan Umno-Warisan
Diterbitkan:  Jan 16, 2024 9:51 AM
Dikemaskini: 1:51 AM

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor berkata tidak gentar tentang kemungkinan berdepan kerjasama Warisan dan Umno pada pilihan raya negeri akan datang.

Menurut ketua menteri Sabah itu, walaupun dia tidak pernah meminta mana-mana parti untuk keluar kerajaan negeri tetapi dia tidak gentar menghadapai percubaan oleh Mohd Shafie Apdal dan Bung Mohtar Radin untuk membentuk gabungan Warisan-Umno pada pilihan raya akan datang.

“Usah gentar.  Kami pernah berjaya patahkan usaha menggoncang pentadbiran negeri sebelum ini.

“Rakyat memberi keyakinan dan sokongan kepada kita. Rakyat mahu maju dan kestabilan politik.

“Bagi saya sama ada dua parti berkenaan mahu bergabung itu hal mereka. GRS mempunyai tanggungjawab yang diberi mandat rakyat mentadbir sehingga tempoh tamat,” kata Hajiji dalam temubualnya dengan FMT.

Penggal DUN Sabah hanya akan berakhir pada Oktober 2025, tetapi Hajiji baru-baru ini membayangkan bahawa pilihan raya negeri mungkin berlangsung lebih awal daripada yang dijadualkan.

Dalam temubual itu, Hajiji juga mengulangi sokongannya kepada kerajaan perpaduan yang diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang genap setahun mentadbir Putrajaya pada November lalu.

“Saya nampak beliau mempunyai dasar baik untuk masa depan Malaysia, dasar boleh membangunkan negara di masa akan datang,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS