Peruntukan projek diumum dalam Belanjawan 2024 diagih awal
Diterbitkan: Jan 18, 2024 9:17 PM
Kementerian Kewangan mula mengagihkan peruntukan bagi projek-projek yang diumum dalam Belanjawan 2024 kepada pelbagai agensi berkaitan pada bulan ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
"Penyaluran peruntukan yang pantas ini adalah bagi mempercepat projek berkenaan tanpa perlu menunggu lebih lama untuk pelaksanaan yang berterusan," katanya yang juga Menteri Kewangan pada sidang akhbar sempena program pemukiman anggota jemaah menteri di Cyberjaya hari ini.
Anwar bersama 31 menteri menghadiri program dua hari itu yang berlangsung di Cyberview Resort & Spa sejak semalam.
Mengulas prospek ekonomi negara bagi tahun ini, perdana menteri berkata perkara paling utama ialah kestabilan politik disusuli dengan dasar-dasar yang jelas.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/10/0b58ceb8a0736b50e49b15b5446f4a00.jpg)
