Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mangsa banjir di Sarawak naik kepada 418 orang
Diterbitkan:  Feb 17, 2024 8:48 PM
Dikemaskini: 12:48 PM

Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus mencatatkan peningkatan dengan 418 orang daripada 107 keluarga dilaporkan berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini berbanding 402 orang daripada 106 keluarga pagi tadi.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga PPS di selatan negeri.

“PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 184 orang, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (174) dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru (60),” menurut laporan itu.

JPBN turut memaklumkan PPS Dewan Kampung Segong, Bau telah ditutup sepenuhnya pada 8.30 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini pada pagi dan malam esok diramalkan hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS