Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bekas MP Sarawak angkat sumpah presiden Dewan Negara
Diterbitkan:  Feb 19, 2024 2:27 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Bekas ahli parlimen Sarawak, Mutang Tagal, mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua atau presiden Dewan Negara yang baru.

Bekas ahli parlimen Bukit Mas yang berketurunan Lun Bawang itu merupakan orang Dayak pertama yang memegang jawatan ini.

Jawatan YDP Dewan Negara kosong selepas Wan Junaidi Tuanku Jaafar letak jawatan bulan lepas untuk menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Mutang adalah calon tunggal yang dicalonkan bagi menggantikan Wan Junaidi, bermakna dia dilantik tanpa cabaran daripada pembangkang.

Mutang, 70, adalah ahli parlimen dua penggal untuk Bukit Mas dari 1982 hingga 1990.

Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu adalah seorang peguam.

Pada 2017 dia dilantik sebagai Konsul Kehormat Romania di Sarawak.

Dalam ucapan perasmiannya hari ini, Mutang berkata dia telah dicalonkan oleh Premier Sarawak Abang Johari Openg kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Mutang berikrar untuk meneruskan usaha mengukuhkan Parlimen, termasuk rancangan menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan penambahbaikan kepada peraturan mesyuarat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS