Paling Popular
Terkini

Perhimpunan solidariti Palestin berskala mega dijangka berlangsung di Kuala Lumpur Sabtu ini.

'Himpunan Mega Bersama Rakyat Palestin' akan menyaksikan penunjuk perasaan berarak sejauh 5km, bermula berhampiran Kedutaan AS dan berakhir di Padang Merbok berhampiran Parlimen.

Pihak penganjur, Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), merancang untuk singgah di KLCC, Hotel Renaissance, Maju Junction, dan Jalan Raja Laut, di sepanjang perjalanan.

Perarakan itu, yang dijangka bermula jam 2 petang, akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam.

SSP berkata mereka telah mendapat kelulusan polis untuk perhimpunan itu.

Jurucakap SSP, Tian Chua berkata, kira-kira 100 kumpulan masyarakat sivil dan parti politik dijangka menyertai perhimpunan itu hari ini.

Tambah Chua, antara mereka yang mengesahkan kehadiran ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir.

“Kita harap Sabtu ini kita boleh mencerminkan kesatuan dan perpaduan rakyat Malaysia untuk menyatakan satu suara yang tegas menyokong perjuangan Palestin,” katanya pada sidang media mengumumkan butiran himpunan itu hari ini.

Seorang lagi jurucakap SSP, aktivis Hishammuddin Rais dalam pada itu berkata, kira-kira 200 anggota keselamatan dan perubatan akan hadir semasa perhimpunan itu.

Serangan terbaru Israel berlarutan sejak Oktober lalu, selepas serangan roket oleh Hamas.

Hampir 30,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh setakat ini.

Angka kematian Israel adalah sekitar 1,400.

Sebelum ini pada bulan Disember, SSP menjalankan protes enam hari, dengan peserta berkhemah berhampiran Kedutaan AS.

AS telah dituduh terlibat dalam serangan Israel ke atas Gaza.

Presiden AS Joe Biden malam tadi berakta bahawa Israel terbuka kepada gencatan senjata sempena Ramadan, jika kesepakatan dicapai untuk membebaskan beberapa tebusan Israel yang ditahan oleh Hamas.

Lihat Komen
ADS