Konjunktivitis: Malawi larang penduduk bersalaman
Diterbitkan: Mar 1, 2024 11:57 AM
GLOBAL | Kementerian Kesihatan Malawi pada Khamis mengarahkan orang ramai untuk berhenti bersalaman bagi mengelak penularan konjunktivitis.
Perintah itu dikeluarkan selepas Malawi mencatatkan lebih 370 kes penyakit berkenaan sejak Januari, lapor Xinhua.
Menteri Kesihatan Khumbize Kandodo Chiponda berkata wabak itu yang kali pertama dilaporkan di daerah sempadan utara Karonga kini telah merebak ke daerah lain.
Menurut beliau, penyakit itu yang lebih dikenali sebagai mata merah jambu mudah merebak kerana orang ramai kurang menitikberatkan kebersihan.
- Bernama-Xinhua
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/994/f1daabc02f73b9971ce327609d8b8415.jpeg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.