Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Aunty Bersih' meninggal dunia
Diterbitkan:  Mar 26, 2024 11:59 AM
Dikemaskini: 4:30 AM

Bekas pendidik Anne Ooi yang lebih dikenali sebagai ‘Auntie Bersih’ meninggal dunia pada umur 78 tahun.

“Bekas guru bahasa Inggeris, dia berjalan demi demokrasi Malaysia pada 2 Julai 2000 dan berdepan gas pemedih mata dan meriam air.

“Imej ikonik Auntie Bersih dengan baju kuning dan memegang bunga kekwa, basah dengan air kimia di luar Hospital Tung Shin, menjadi imej yang menterjemahkan perhimpunan Bersih,” kata Bersih di media sosial.

Menurut Bersih, Ooi mewakili beribu-ribu, jika tidak berjuta-juta rakyat Malaysia biasa yang mengambil berat tentang negara, bersuara dan melakukan sesuatu apabila keadaan tidak betul.

"Takziah kepada keluarga beliau. Beliau adalah ikon yang tidak akan dilupakan. Rest in peace, Auntie Bersih."

Dalam kemas kini di laman Facebook Ooi, anak perempuannya Petra Pedley memaklumkan Ooi berada di unit rawatan rapi sebuah hospital di luar negara, dua hari lalu.

Doktor menanggalkan sistem sokongan hayat sekitar jam 6 petang semalam, tulisnya.

"Ia adalah pemergian Anne yang paling indah kepada pencipta. Kami memegangnya sehingga akhir, menyanyi dan bercakap dengannya.

"Semuanya sangat tiba-tiba, seperti yang dia mahu, tidak menjadi beban kepada sesiapa, bebas, pulang ke rumah. Jasadnya akan dibawa pulang ke Malaysia," tulis Petra.

Ooi turun ke jalan raya di tengah-tengah KL, bersama-sama dengan puluhan ribu rakyat Malaysia dalam perhimpunan Bersih 2.0, untuk menggesa pilihan raya yang bebas dan adil.

Imej ikonik itu menyebabkan dia mendapat jolokan 'Malaysian Lady of Liberty'.

Ooi kemudiannya mengakui terkejut kerana tiba-tiba menjadi perhatian selepas imej itu menjadi tular.

Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini, warga Pulau Pinang itu berkata penampilan di Five Arts Centre adalah 'detik kebangkitan' tentang apa yang berlaku di negara ini.

Lihat Komen
ADS