Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib tak dedah pertemuan dengan raja Saudi pada 2018 - saksi

Najib Razak pada 2018 tidak memaklumkan kepada SPRM bahawa terdapat delegasi Malaysia bertemu dengan Raja Arab Saudi Abdullah Abdulaziz pada Januari 2010, kata pegawai penyiasat SPRM Nur Aida Arifin.

Saksi ke-49 pihak pendakwaan itu berkata, dakwaan berkaitan pertemuan itu hanya dibangkitkan dalam perbicaraan jenayah berasingan terhadap Najib dua tahun selepas itu.

Nur Aida berkata demikian dalam prosiding kes rasuah 1MDB bernilai RM2.27 bilion di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Najib Razak

Nur Aida merujuk kepada rakaman kenyataan yang diambil daripada Najib pada 2018. 

Dia berkata Najib hanya memberitahu dia percaya bahawa wang yang dimasukkan dalam akaun banknya sebagai derma daripada kerabat Saudi pada 2013.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Najib, Nur Aida berkata pada 2018 Najb hanya memberitahu SPRM bahawa terdapat pertemuan bagi membuktikan bahawa wang itu didermakan.

Bagaimanapun, katanya, tiada perincian diberikan bahawa delegasi itu melibatkan bekas menteri agama Jamil Khir Baharom, bekas menteri luar Anifah Aman, dan bekas duta Malaysia ke Arab Saudi  Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS