Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan Kada disyaki buat tuntutan palsu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) kerana disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lepas.

Menurut sumber lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.

“Pegawai terbabit dipercayai melakukan pemalsuan itu tahun lepas dan juga tahun ini, yang berkaitan dengan pelbagai program anjuran KADA,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata pegawai kanan itu telah dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini bagi mendapatkan perintah reman.

Beliau berkata ia bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2019.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

https://mk.my/wa_mkinibm


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS