Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rundingan Hamas - Fatah di Beijing capai kemajuan positif

Wakil Fatah dan Hamas baru-baru ini datang ke Beijing untuk mengadakan rundingan secara mendalam dan ikhlas bagi menggalakkan perdamaian dalam negara Palestin.

Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian berkata pertemuan berkenaan diadakan atas undangan China dan mencapai kemajuan positif.

"Fatah dan Hamas menyatakan sepenuhnya kemahuan politik untuk mewujudkan perdamaian menerusi dialog dan perundingan dan membincangkan banyak isu spesifik.

"Mereka bersetuju meneruskan proses dialog seumpama itu ke arah merealisasikan perpaduan dan penyatuan Palestin," kata Lin semasa taklimat media di Beijing, pada Selasa.

Menurut jurucakap itu, kedua-dua pihak menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan China terhadap perjuangan adil rakyat Palestin untuk memulihkan hak bangsa mereka yang sah.

Mereka juga menghargai usaha China menggalakkan perpaduan dalaman Palestin, di samping mencapai kesepakatan mengenai dialog fasa seterusnya.

- Bernama - CMG


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS