Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KDN tandatangan 14 kontrak lebih RM2.1 bilion dengan syarikat tempatan
Diterbitkan:  May 8, 2024 7:03 PM
Dikemaskini: 12:54 PM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menandatangani 14 kontrak bersama syarikat tempatan dengan nilai keseluruhan kontrak berjumlah RM2.156 billion sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebanyak 12 kontrak daripada 14 kontrak berkenaan ditandatangani tiga agensi di bawah KDN iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai (RM1.57 billion), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) (RM 529.66 juta) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (RM52.35 juta).

Bagi kontrak JPN, beliau berkata kontrak itu akan memastikan JPN terus kekal sebagai agensi yang sangat penting untuk menyimpan rekod dan data rakyat Malaysia.

“Kontrak-kontrak tersebut membuktikan usaha berterusan KDN melibatkan agensi di bawah kawal selianya. Jika kita perhatikan, segmen kontrak yang ditandatangani terdiri daripada segmen teknologi maklumat, logistik, ia juga dari segi peningkatan aset dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Kontrak KDN pada Pameran DSA dan NATSEC, di sini hari ini.

Selain itu, antara kontrak-kontrak berimpak tinggi ditandatangani adalah perolehan kapal pengangkut kelas police transport vessel pelbagai kegunaan sebagai pengangkut barang, kapal induk (mother ship) dan latihan bagi PDRM dan empat buah helikopter medium lift bagi APMM.

Antara syarikat tempatan yang mendatangani kontrak adalah TM Technology Services Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Labuan Shipyard Engineering Sdn Bhd.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS