Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar, Samsuri adakan perjumpaan tertutup
Diterbitkan:  May 9, 2024 6:17 PM
Dikemaskini: 10:17 AM

Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan menghadiri taklimat berhubung pembangunan negeri itu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Ketibaan Anwar Ibrahim kira-kira jam 3.35 petang itu disambut Ahmad Samsuri, selain Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Mengiringi Anwar ke taklimat itu ialah Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani dan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, serta barisan exco kerajaan negeri.

Taklimat yang berlangsung kira-kira satu 75 minit itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Anwar kemudian hadir di majlis sambutan Aidilfitri Madani peringkat Terengganu di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS