Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Doktor ditahan bantu siasatan kes cabul pesakit remaja
Diterbitkan:  Jun 7, 2024 10:57 AM
Dikemaskini: 2:57 AM

Seorang doktor ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan berkata doktor berkenaan ditahan Rabu lepas susulan laporan yang dibuat remaja itu pada 9.14 malam, 4 Jun.

“Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan, Hospital Changkat Melintang,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS