Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Gegar Amerika’ bikin kecoh pada majlis Hari Kemerdekaan AS di KL
Diterbitkan:  Jun 11, 2024 10:42 AM
Dikemaskini: 3:07 AM

Sekumpulan kecil penunjuk perasaan mengganggu majlis makan malam Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.

Dalam video yang dikongsi di media sosial, seorang penunjuk perasaan dari Gegar Amerika dilihat menggunakan megafon sambil mengutuk AS dan keterlibatannya dalam kematian ribuan rakyat Palestin.

“Kamu semua bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai... Amerika bertanggungjawab menghantar senjata ke Gaza dan membunuh kanak-kanak Palestin,” jerit lelaki itu dari tangga lobi hotel.

Dua lelaki berpakaian sut kemudian mengheret lelaki itu secara fizikal, sambil diperhatikan oleh anggota keselamatan beruniform.

Turut berada di lobi adalah segelintir penunjuk perasaan lain yang membawa sepanduk yang menuduh AS terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai.

Kumpulan itu juga melaungkan "Bebaskan Palestin" sebelum kain rentang mereka dirampas.

Lebih 37,000 rakyat Palestin - sebahagian besar mereka  wanita dan kanak-kanak - terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza, sebagai tindakan balas terhadap pembedilan oleh Hamas pada Oktober tahun lalu yang mengorbankan 1,139 orang, kebanyakannya orang awam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS