Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sah PH pertaruh Joohari Ariffin di DUN Sg Bakap
Diterbitkan:  Jun 12, 2024 11:30 PM
Dikemaskini: Jun 13, 2024 6:05 AM

Bekas pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara Joohari Ariffin ditampilkan sebagai calon PH pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli membuat pengumuman itu pada satu majlis di Pulau Pinang malam ini.

Rafizi berkata Joohari dipilih antaranya kerana memenuhi syarat calon selaku anak tempatan yang juga "cerdik pandai" pada majlis di Pulau Pinang malam ini.

Johaari dilahirkan di Permatang Pasir pada 17 Julai 1964 dan menamatkan pendidikan peringkat rendah di Sungai Bakap.

Dia memiliki ijazah dalam bidang ekonomi dan pengajian Islam dari Universiti Malaya dan ijazah kedoktoran dari Universiti Sains Malaysia.

Johaari ketika berucap pada majlis pengumuman calon itu berkata dia akan memberikan khidmatnya kepada masyarakat berbilang kaum di Sungai Bakap.

“Harapan saya ketika saya dah dicalonkan sebagai calon Sungai Bakap, insya-Allah harapan saya nak kekalkan imej sebagai seorang pendidik, sebagai seorang guru,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS