Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saya calon paling layak tanding jawatan presiden - Biden
Diterbitkan:  Jul 12, 2024 1:39 PM
Dikemaskini: 5:40 AM

GLOBAL l Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Khamis berkata beliau layak bertanding jawatan presiden dalam pilihan raya November ini, meskipun terdapat desakan agar beliau menarik balik pencalonannya, lapor Agensi Anadolu.

"Saya fikir saya paling layak untuk bertanding jawatan presiden. Saya pernah kalahkan beliau (Donald Trump) dan saya akan menewaskannya sekali lagi," kata Biden semasa sidang media pada akhir sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Pada 2020, Biden menewaskan calon Republikan Donald Trump yang ketika ini sudah pun mengumumkan hasratnya untuk kembali menerajui Rumah Putih.

"Saya tidak bertanding untuk meneruskan legasi. Saya bertanding untuk menyelesaikan tugas yang saya mulakan.

“Kita telah membuat begitu banyak kemajuan. Fikirkanlah.

"Saya optimis mengenai arah tuju perkara ini," katanya.

Biden membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap desakan yang semakin meningkat, menggesa beliau menarik diri daripada pilihan raya Presiden 2024.

Pemimpin itu juga menyebut bahawa sekutu AS di sidang kemuncak NATO menggalakkan beliau untuk bertanding semula jawatan presiden.

Biden ketika ini merupakan presiden paling tua dalam sejarah dan akan berusia 86 tahun apabila penggal keduanya tamat.

.- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS