Jawatankuasa Dewan AS siasat cubaan bunuh Trump
Jawatankuasa Dewan Amerika Syarikat (AS) mengenai Pemantauan dan Akauntabiliti pada Ahad menyatakan bahawa pihaknya telah memulakan siasatan terhadap cubaan pembunuhan terhadap bekas presiden AS Donald Trump dan pendengaran dijadualkan pada 22 Julai, lapor Sputnik.
"Jawatankuasa Pemantauan dan Akauntabiliti telah memulakan siasatan terhadap cubaan pembunuhan Presiden Trump hari ini dan meminta kehadiran sukarela anda pada pendengaran penuh Jawatankuasa pada 22 Julai 2024," menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Pada Sabtu, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah Trump semasa acara kempen di Pennsylvania, mencederakan telinga kanannya, membunuh seorang penonton dan dua lagi kritikal. Perkhidmatan Rahsia AS telah menembak mati penyerang itu.
- Bernama-Sputnik
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/07/fc883342ba3b72c2d2474f5919b7aca8.jpg)
