Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rafizi: Hubungi saya kalau nampak Muffin
Diterbitkan:  Jul 15, 2024 5:12 PM
Dikemaskini: 9:33 AM

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memaklumkan kucingnya yang bernama Muffin sudah hilang dari rumahnya sejak dua hari lalu.

Risau akan keadaannya, Rafizi meminta penduduk sekitar Presint 10 Putrajaya untuk menghubunginya jika ternampak Muffin, iaitu seekor kucing putih dengan tompok oren.

Kepada penduduk sekitar Presint 10 Putrajaya, kalau ada ternampak kucing oren putih ini, mohon hubungi saya.

"Dah dua hari Muffin tak balik rumah, dia tak pernah keluar rumah dan dia dah pandai panjat keluar.

"Dia terlebih mesra dengan sesiapa (walaupun dia tak kenal)," katanya di Facebook hari ini.

Rafizi turut melampirkan video Muffin di rumahnya pada hantaran itu.

Setakat ini, hantaran tersebut sudah ditonton kira-kira 46,000 pengguna dan dikongsi 103 kali.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS