Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kanak-kanak maut lepas jatuh dari tingkat 16
Diterbitkan:  Jul 16, 2024 11:57 AM
Dikemaskini: 4:12 AM

Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari bilik tidur utama rumahnya di tingkat 16 sebuah perumahan di Presint 9, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abd Aziz berkata polis menerima panggilan MERS 999 yang memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak terjatuh bangunan sekitar jam 7.50 pagi tadi.

Katanya semasa kejadian bapa kanak-kanak terbabit yang merupakan seorang penolong akauntan keluar menghantar seorang lagi anaknya ke sekolah berdekatan, manakala ibu mereka - seorang guru tadika - telah keluar bekerja.

“Kanak-kanak itu merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jenazah kanak-kanak terbabit kini berada di Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS