Kematian di Gaza meningkat hampir 40,000, lebih 91,000 cedera
Pasukan pendudukan Israel melakukan dua pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam 24 jam terakhir, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 33 orang Palestin dan kecederaan kepada 118 yang lain, menurut sumber perubatan.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt telah meningkat kepada 39,583 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 91,398 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (Wafa).
Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat menjangkau banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan-jalan di seluruh enklaf yang dilanda perang kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan kru ambulans dan pertahanan awam.
- Bernama-Wafa
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/12/f85e16a76dd3fe13473b19f61207f1ad.jpg)
