PM salur bantuan awal RM15,000 pada 5 buah rumah daif di Kuantan
Diterbitkan: Aug 12, 2024 8:00 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan bantuan awal sebanyak RM15,000 kepada lima buah rumah daif di Kampung Chendor Kuantan, Pahang, bagi membaiki rumah-rumah tersebut.
Menerusi hantaran di Facebook semalam, Anwar berkata bantuan berkenaan disalurkan semasa Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi, melakukan kunjungan ke rumah terbabit di kampung itu, baru-baru ini.
“Beliau (Ahmad Farhan) telah meninjau keadaan rumah-rumah tersebut dan telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM15,000 untuk setiap rumah untuk kos membaiki rumah-rumah tersebut,” katanya.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/08/28fd5e744322fafc7a8a2ec18af8228f.jpg)
