Calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi PRK DUN Neggiri kira-kira jam 8.20 pagi.
Dia ditemani isteri Nur Khamila Mohd Zain membuang undi di pusat mengundi Bertam Lama di Tabika Sri Bakawali.
Mohd Azmawi ketika ditemui berharap proses pengundian bagi PRK DUN Nenggiri hari ini berlangsung dengan baik.
"Saya mengharapkan pengundi keluar beramai-ramai tunaikan tanggunjawab. Sememastinya sudah 14 hari berkempen hari ini adalah hari penentuan.
"Pilihlah wakil yang sesuai mewakili DUN Nenggiri.
"Ustaz Wadi (calon PN) sahabat saya, kami sekampung, hubungan sahabat tak ada masalah," katanya ketika ditemui di pusat mengundi di Kampung Bertam Lama, Gua Musang, di Kelantan, hari ini.

Selepas selesai membuang undi, Mohd Azmawi ataupun Awie bertemu dengan calon PN, Mohd Rizwadi Ismail dan isterinya Che Mariam Che Noh yang turut membuang undi ditempat pusat mengundi sama.
Mereka dilihat berpelukan sebelum Awie bergerak meninggalkan pusat mengundi.