Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zaid: BN menang di Nenggiri bermaksud Anwar pemimpin pilihan
Diterbitkan:  Aug 18, 2024 12:15 PM
Dikemaskini: 4:15 AM

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim menyifatkan kemenangan terbaru BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri sebagai "kemenangan" Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Mengulas di X, Zaid berkata kemenangan gabungan itu di Nenggiri mengejutkan kerana dia meramalkan PN akan meraih kemenangan tipis.

"Apa yang mengejutkan. Apakah maksud keputusan ini? Kepentingannya sangat besar.

“Anwar adalah pemimpin pilihan,” katanya.

DUN Nenggiri yang terletak di negeri Kelantan pimpinan PAS, menyaksikan kekalahan terbesar PN sejak PRU ke-15.

Jumlah keseluruhan undi yang diterima PN merosot daripada 6,517 kepada 5,739.

Nenggiri secara rasmi ditandingi oleh Bersatu, tetapi hanya menyertai parti itu dari PAS dua hari sebelum penamaan calon - manakala calon yang dicadangkan oleh Bersatu diketepikan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS