Presiden Colombia larang eksport arang batu ke Israel
Diterbitkan: Aug 19, 2024 5:29 PM
Presiden Colombia Gustavo Petro telah menandatangani dekri presiden pada Ahad yang melarang eksport arang batu ke Israel, lapor Agensi Berita Palestin (Wafa).
Petro berkata larangan eksport arang batu itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan Netanyahu untuk menghentikan konflik di Gaza.
Kementerian Perdagangan, Industri dan Pelancongan Colombia pada Jun lepas telah menggesa sekatan ke atas penjualan arang batu ke Israel.
Pada Mei lepas, Petro mengumumkan untuk memutuskan hubungan diplomatik antara negaranya dengan Israel sambil menyifatkan kerajaan Netanyahu melakukan genosid.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/08/b616413aae7c83ebbe7bb4703c2159c4.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.