Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sah sistem Prasarana kena godam
Diterbitkan:  Aug 26, 2024 3:32 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

Sistem dalaman Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjadi mangsa serangan ransomware (perisian pemerasan).

Syarikat pengangkutan terbesar di Malaysia itu mengesahkan dakwaan di media sosial dan berkata sedang menyiasatnya.

“Kami juga sedang bekerjasama dengan pakar keselamatan siber untuk menyiasat serta mengambil langkah mitigasi,” katanya.

Terdahulu, memetik pemantau ancaman siber FalconFeed, Scoop melaporkan sejenis perisian pemerasan digunakan dalam serangan itu.

Ia dikatakan berpotensi menjejaskan 316gb data Prasarana dalam laman webnya prasarana.com.my.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika ditanya awal petang tadi berkata dia sedang menunggu laporan daripada Prasarana.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS