Angka korban di Gaza meningkat kepada 41,431, lebih 95,000 cedera
Pasukan pendudukan Israel melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, mengakibatkan pembunuhan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin dan 58 lagi cedera, menurut laporan perubatan.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa angka kematian Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt meningkat kepada 41,431 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 95,818 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan-jalan di kawasan konflik, kerana pasukan penjajah Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam.
- Bernama- Wafa.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/e9dad18b2ce369ac9d3c6220a0297889.jpg)
