Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM: Malaysia utamakan permintaan Bangladesh bagi peluang kerja

Malaysia akan memberi pertimbangan utama kepada permohonan pekerja Bangladesh yang kehilangan peluang akibat perkembangan politik di negara mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan Bangladesh telah membuat rayuan kepada Malaysia berhubung kemungkinan menambah pengambilan pekerja dan golongan profesional dari negara berkenaan.

"Sudah pasti saya akan memberikan pertimbangan utama itu, sekurang-kurangnya pada fasa pertama, tertakluk pada semua syarat dipenuhi, perkara ini boleh dilaksanakan secepat mungkin," kata Anwar.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media bersama Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus selepas mengadakan pertemuan dua hala di Dhaka hari ini.

Anwar melakukan lawatan sehari dan ia yang pertama oleh ketua kerajaan asing sejak pembentukan kerajaan interim yang diketuai oleh Muhammad, pemenang hadiah Nobel.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS