Serangan Israel bunuh lebih 25,000 wanita dan kanak-kanak di Gaza
BernamaDiterbitkan: Oct 7, 2024 6:15 PM
Hampir 42,000 orang terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik dengan Israel meletus setahun lalu, dengan lebih 60 peratus daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Isnin, lapor Sputnik.
"Bilangan mangsa telah meningkat kepada 41,909, dengan lebih 60 peratus daripadanya adalah golongan wanita dan kanak-kanak. Seramai 97,303 orang cedera," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/09/85d47c2f5176b7f18f4d42b1efbbeb8f.jpg)
