Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bantuan subsidi FLYsiswa dinaikkan kepada RM400 - Anwar
Diterbitkan:  Dec 12, 2024 6:22 PM
Dikemaskini: 10:22 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Jan depan.

Beliau berkata langkah itu merupakan antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan isu tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.

"Sebab itu kita bagi bantuan menerusi FLYsiswa dan untuk tahun hadapan, kita naik kepada RM400 daripada RM300 sebelum ini.

"Ini cara kita untuk tunjuk keprihatinan kerajaan ringankan sedikit beban anak-anak dari negeri yang terlibat," katanya ketika merasmikan Karnival FLYsiswa dan Karnival Pengangkutan Siswa Madani di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS