GLOBAL | Tentera Israel membakar beberapa rumah dan sebuah ladang di selatan Lubnan pada Rabu dalam insiden terbaru pelanggaran perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Agensi Berita Lubnan menyatakan, beberapa rumah dibakar oleh tentera Israel di bandar al-Aadaissah.

Penyiar sama turut melaporkan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah pinggir bandar Bint Jbeil dan meletupkan sebuah ladang di kawasan sempadan Aita al-Shaab.

Tiada kecederaan direkodkan.

Gencatan senjata yang rapuh dilaksanakan sejak 27 Nov mengakhiri berbulan-bulan tembakan bersama antara Israel dan Hizbullah yang meningkat menjadi konflik berskala penuh pada Sept lalu.

Walaupun gencatan senjata termeterai, Israel melakukan hampir 900 pelanggaran, membunuh dan mencederakan puluhan orang di Lubnan termasuk wanita dan kanak-kanak.

Melalui perjanjian gencatan senjata itu, Israel sepatutnya menyelesaikan pengunduran mereka dari selatan Lubnan menjelang 26 Jan, tetapi tarikh akhir dilanjutkan hingga 18 Feb selepas Israel enggan mematuhi perjanjian.

- Bernama/Anadolu