Anwar menghadap Sultan Sallehuddin sembah maklum pembangunan negara, Kedah
Diterbitkan: Feb 27, 2025 6:14 PM | Dikemas kini: Feb 27, 2025 6:16 PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan telah berkesempatan menyembah maklum kepada Sultan Kedah mengenai pembangunan negara dan negeri itu, selain menyentuh soal kesejahteraan serta kebajikan rakyat.

“Usai sesi menghadap, saya menyertai Baginda Tuanku dan Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah untuk santapan tengah hari.
“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Tuanku Sultan dan Sultanah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam keadaan 'afiyah dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku,” kata Anwar.

- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/02/a5234193d0bbd3604fd865ddd1eb88d7.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.