Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Penumpang panik, tren LRT berdentum dan berasap
Diterbitkan:  Mar 13, 2025 3:43 PM
Dikemaskini: 9:54 AM

Rapid Rail Sdn Bhd mengesahkan sebuah tren di Laluan LRT Kelana Jaya mengalami gangguan teknikal di Stesen Abdullah Hukum malam semalam sehingga menyebabkan kepulan asap kecil dan bunyi dentuman yang kuat.

Pengendali perkhidmatan LRT itu berkata, kejadian pada jam 10.43 malam dan berpunca daripada kerosakan pada komponen pemasangan pengumpul kuasa pada tren bernombor 84.

“Pegawai transit yang sedang bertugas di dalam tren tersebut telah bertindak pantas mengikut piawaian standard operasi dengan meminta semua penumpang turun di Stesen Abdullah Hukum.

“Perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi, kata Rapid Rail dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video kejadian yang menunjukkan penumpang menjerit ketika tren tersebut tiba-tiba mengeluarkan bunyi dentuman kuat dan asap.

Rapid Rail berkata tiada kecederaan dilaporkan.

Ia menambah bahawa tren yang mengalami kerosakan tersebut telah dihantar pulang ke depoh penyelenggaraan untuk siasatan lanjut.

Bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang, syarikat itu berkata pihak jurutera Rapid Rail telah mempertingkatkan pemeriksaan pada semua tren yang beroperasi di Laluan Kelana Jaya untuk memastikan kebolehpercayaan perkhidmatan tren sentiasa berada ditahap yang optimum dan selamat.

“Selain itu, pemantauan yang lebih kerap turut dijalankan oleh pegawai transit terutama di dalam tren ketika waktu puncak,” kata tren itu.

Rapid Rail, sehubungan itu memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh penumpang semasa insiden tersebut dan akan terus melakukan penambahbaikan bagi memastikan perjalanan penumpang Rapid KL selamat, selesa dan lancar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS