Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemandu rentung, kereta terbabas, terbakar
Diterbitkan:  Mar 15, 2025 5:33 PM
Dikemaskini: 9:33 AM

Seorang pemandu rentung selepas keretanya dipercayai terbabas dan terbakar di KM11.3 Lebuhraya Senai-Desaru di Johor Bahru, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Pegawai Bomba Kanan II Saifulbahri Mahpop berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan membabitkan kereta Proton Iriz itu pada 3.33 pagi.

"Setibanya anggota bomba di lokasi, didapati kenderaan itu telah terbabas dan terbakar pada keseluruhannya.

“Terdapat seorang mangsa terperangkap di ruang pemandu, namun jantina dan identiti belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi melibatkan 12 anggota bomba beserta tiga jentera itu tamat sepenuhnya pada 5.17 pagi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS