Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Lelaki cedera diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang di Seremban

Seorang lelaki cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di sebuah pusat beli-belah di Seremban semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 8.15 malam tadi dengan mangsa yang berusia 40 tahun mengalami luka pada kedua-dua lengan, belakang serta kaki kanan dan kini dilaporkan stabil.

Beliau berkata siasatan mendapati sekumpulan lelaki dilihat berlari dari tangga bergerak aras bawah premis itu menuju ke arah mangsa dengan seorang daripadanya memegang senjata parang.

"Mangsa yang tidak sempat mengelak dipercayai dilibas berkali-kali oleh suspek. Lelaki itu bagaimanapun berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh rakannya yang melihat kejadian berkenaan sebelum dihantar ke hospital untuk bantuan kecemasan," katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

Mohamad Hatta berkata usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dilakukan dengan polis tidak menolak kejadian itu mempunyai elemen gengsterisme dan motif kejadian dipercayai akibat dendam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Tharvin di talian 019-3666048 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Insiden memaparkan insiden berkenaan yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu kini turut tular di media sosial.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS