Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MCMC rakam percakapan lelaki muat naik kandungan palsu
Diterbitkan:  Apr 22, 2025 1:29 PM
Dikemaskini: 5:29 AM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan seorang individu yang dipercayai memuat naik kandungan palsu berkaitan negeri Pahang di platform Facebook miliknya pada Sabtu lepas (19 April).

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan sesi rakaman percakapan dan siasatan telah dijalankan terhadap lelaki berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor semalam (21 April).

“MCMC telah menyita sebuah telefon bimbit serta satu kad SIM bagi tujuan analisis forensik,” menurut kenyataan itu.

Lelaki berkenaan memuat naik kandungan palsu tersebut dipercayai dijana melalui bantuan kecerdasan buatan (AI) menyebabkan pelbagai spekulasi dan persepsi negatif telah timbul dalam kalangan orang awam, berkaitan pekebun haram di daerah Raub, Pahang.

MCMC tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan laman media sosial, bagi tujuan penyebaran hantaran atau komentar palsu.

Kes disiasat di bawah seksyen 233 Akta 588 dan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS